Latest News

recent

IslamicTunesTV Luncurkan Siaran Perdana Gig@islamictunes secara Online Streaming


Gig@islamictunes atau gig@IT adalah sebuah rancangan hybrid channel (online dan offline) terbaru yang diterbitkan oleh www.islamictunes.net dalam usaha untuk menjadi media kecintaan dan kegembiraan pada umat Islam dan semua insan.

Bagi siaran perdana ini, bersempena pula dengan bulan Maulidurrasul 1443H, di samping kita bersenandung baik secara live dari studio IslamicTunes atau berlintas-langsung dari lokasi-lokasi pilihan kali ini iaitu dari Bandung, Indonesia dan Pattani, Thailand, IslamicTunes memilih topik yang jarang-jarang dibincangkan iaitu menelusuri lagu-lagu selawat termasuk siapa penciptanya, dari mana asalnya, dan mengetahui sejarah setiap selawat dari zaman dulu hingga terkini.
Bersama pembicara Sdr. ROSLI@PAKLI seorang penerbit, komposer dan penulis yang pernah mencipta beberapa lagu ketuhanan dan naysid seperti unutk Kumpulan Nasyid HUFAZ, SAFIYA dan lain-lain, di mana beliau akan memandu host UST IHSAN, Ketua Umum Islamictunes Indonesia yang juga seorang komposer dan pemuzik lagu-lagu nasyid dan Sdri Leia AzZahra, seorang artis, penasyid lagu-lagi pop Islamik dan juga seorang komposer dan penulis lirik, mengajak kita beralih fokus kepada topik ini.
Panelis atau narasumber siaran perdana ini akan cuba menjawab persoalan, isu yang dilontarkan dan halatuju perbicangan secara santai. Panelis adalah:-
1. UST SYED PUTRA, seorang penceramah bebas yang semakin terkenal asal Malaysia dan beliau juga seorang yang biasa bersenandung qosidah dalam ceramah-ceramah beliau;
2. UST MOHAY, seorang Penulis dan Pelantun Sholawat yang sering dijadikan rujukan bagi sejarah-sejarah zikir dan syair sholawat;
3. UST AGUS IDWAR SNADA (AIJ-GUSWAR) seorang Artis/Komposer/Penulis dari bekal kumpulan nasyid popular dari Indonesia; dan
4. HJ GHAZALI HJ HASAN, Amir, Pusat Pengembangan Seni dan Kebudayaan Islam, (PUKIS), Pattani, Thailand, di mana beliau bersama team munsyid Thailand pernah kami lawati 2 tahun lepas.
Bagi menjadikan program ini lebih meriah, kita akan disajikan nyanyian dan lantunan syair-syair selawat dari sdri Leia AzZahra, dan siaran video2 rakaman munysid INDONESIA BERSELAWAT dan video yang belum pernah di upload iaitu lagu NUSANTARA BERSELAWAT (gandingan munsyid Thailand, Indonesia dan Malaysia yg dipimpin oleh kumpulan MESTICA.
SELAMAT MENONTON, semoga siaran ini akan membuka dimensi baru bagi perkembangan nasyid dan penerbitan kontan-konten Islamik baik dari Malaysia, Indonesia, Thailand, dan insyaaAllah kita akan meneruskan program ini setiap minggu membawa isu dan topik-topik lain dan semestinya artis/munysid dari negara2 lain. Kerana IslamicTunes adalah 'THE GLOBAL NASYID HUB'.
#islamictunes #loonaqrecords #tvtarekat
IslamicTunesTV Luncurkan Siaran Perdana Gig@islamictunes secara Online Streaming Reviewed by IslamicTunes on 6:07 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.