Latest News

recent

gig@islamictunes Siri 2 | PENCIPTAAN SYAIR SHOLAWAT: IBADAH, DAKWAH ATAU UNTUNG?

 

Assalamualaikum WBT. Selamat bertemu kembali dalam siri kedua gig@IT yang akan bersiaran dari Bandung, Indonesia jam 20.00 WIB, yang akan dipimpin oleh hos BANG IHSAN dan KANG ASEP DEDI. InsyaaAllah!

Masih meneruskan kesinambungan topik siri perdana minggu lalu, namun kali ini akan lebih menelusuri perincian perilaku dan akhlak sang pelantun sholawat tentang konsep ibadah atau pun berdakwah, atau sekadar mencari keuntungan peribadi baik dari segi populariti atau pun meraih monetisasi. Topik ini akan dipimpin oleh Pembicara khas iaitu saudara ROSLI@PAKLI, seorang researcher, komposer dan penulis lirik yang juga telah mencipta lagu IDOLAKU, lagu tema gig@islamictunes ini, yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid popular Malaysia iaitu HUFAZ.

Bukan niat mencari salah sesiapa, maupun menuding salah khilaf, semuanya atas kerna ingin mengingati team dan komunitas serta kru IslamicTunes sendiri agar sama2 kita memaknai ibadah dan dakwah yang diseru Allah SWT dan Rasulullah SAW agar kita sentiasa bersholawat, kerana Allah semata-semata! Semoga kita semua mendapat munafaat atas semua lontaran2 pemikiran dan pendapat yang terhimpun di sini, dari tetamu narasumber yang hebat kali ini iaitu:

1. Ustadz ABI IWAN, seorang Motivator, penulis dan owner TV Harmoni, Bandung, Indonesia;
2. IMAM SHAZLY, seorang yang kini sepenuh masa sebagai Imam, munsyid, daie, pencipta syair, lirik, penyair, juga banyak menulis artikel sastera Islamik dan sering menjadi motivator di Malaysia; dan
3. UST AGUS YUSOF@Yusof Subhan, seorang Daei dan munsyid sekarang menjadi Pengendali Yayasan Darul Hikam di Batam.

Turut bersama menjadi narasumber dan turut membuat persembahan 'live' adalah KUMPULAN WARISAN (KENAF), dianggotai oleh 3 orang daie dan munsyid dari Pattani Thailand, yang merupakan ahli KELUARGA NASYID FATONI yang aktif di majlis berselawat, berzanji dan bernasyid di bawah payung PUSAT PENGEMBANGAN KEBUDAYAAN ISLAM PATTANI (PUKIS).

Kita juga akan menemubual Ketua Panitia FESTIVAL NASYID DAN SHOLAWAT ISLAMICTUNES JAWA BARAT 2021 yang memulakan acaranya hari ini iaitu Dra. EUIS NURHAYATI, SPd. atau lebih dikenali oleh komunitas IslamicTunes sebagai Umi Auliya, menceritakan tentang misi dan visi festival yang merupakan salah satu acara ROAD TO KUALA LUMPUR INTERNATIONAL ISLAMIC MUSIC FESTIVAL & CONFERENCE tahun 2022, insyaaAllah!

Sebagai acara gig, kita akan dihiburkan oleh munsyidah dari Bandung iaitu FITRI RDJ yang akan 'live', yang akan melantunkan lagu syair sholawat Burdah diciptakan oleh Al-Bushiri (610-695H/ 1213-1296 M) bertajuk Mawlaya Shalli, dari album Senandung Zikir & Maulid Klasik yang pernah dirakam oleh Fitri.

Artis/hos gig@islamictunes LEIA AZ-ZAHRA juga akan mendendangkan syair Yaa Badrotim dalam versi bahasa Melayu iaitu PURNAMA; syair klasik yang dikenali sbg MAULID AD-DIBA’I yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits yaitu Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba’ie asy-Syaibani Al-Yamani Az-Zabidi Asy-Syafi’i (866H - 944H).

Maaf terlalu panjang intro pengenalan Siri kedua ini, semoga kita semua bersama-sama mendapat munafaat dan keberkatanNya bersama dalam sebuah majlis gabungan konsep urban dan klasik bagi mengisi "kecintaan dan kegembiraan" pada Allah SWT dan Rasulullah SAW, memupuk memilih cara berhibur yang mendidik dan memimpin rasa, insyaaAllah.

Ampun dan maaf dari kami team IslamicTunes baik di Malaysia dan Indonesia bagi segala kekurangan, salah dan khilaf. Selamat menonton!
#nasyid #islamictunes #sholawat #selawat #malaysia #indonesia #thailand #singapore #brunei #entertainment #talkshow #gig #music #video
gig@islamictunes Siri 2 | PENCIPTAAN SYAIR SHOLAWAT: IBADAH, DAKWAH ATAU UNTUNG? Reviewed by Loonaq Records on 4:32 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.