Latest News

recent

IslamicTunesNEWS | MERDEKAKAN KAMI DARIPADA RASUAH - Rasuah Busters

https://youtu.be/WEIq9l58b54

#RasuahBusters memaparkan video ketulusan hati dan rayuan anak-anak kecil Malaysia agar dirinya bebas daripada gejala rasuah. 

Video “Merdekakan Kami Daripada Rasuah” ini dilancarkan bersempena Kemerdekaan Malaysia ke-64, bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa budaya benci rasuah ini harus dipupuk sejak kecil. 4 versi video mewakili 4 bangsa dan  agama berbeza secara simboliknya menunjukkan rasuah ditolak oleh semua agama. 

Anak kecil di dalam video-video ini faham bahawa agama melarangnya melakukan perkara yang tidak baik seperti rasuah dan hukuman yang diterima oleh pelaku rasuah amat berat. 

Mesej santai oleh anak-anak ini menunjukkan najis rasuah adalah sesuatu yang amat jijik dan hina dan boleh merosakkan masa depan mereka dan perlu dijauhi. Karakter rasuah yang terbina sekian lama begitu sistemik dan kolektif menyebabkan cabaran menanganinya amat besar. 

#RasuahBusters menyeru seluruh rakyat agar bangkit membina #MalaysiaTanpaRasuah dengan menghayati kembali semangat Rukun Negara dengan membebaskan diri dari penjajahan rasuah sebagai batu asasnya. 

Kestabilan dan demokrasi Negara ini dengan sendirinya akan dapat dipulihkan jika setiap rakyat dan pemimpin kembali mengamalkan ajaran agama yang betul dan berusaha untuk hidup secara harmoni dalam kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
 
#RasuahBusters
#NilaiMoralKarakterBangsa
#SinarUntukMalaysia


1. Video Bahasa Melayu
Merdekakan Kami Daripada #Rasuah | Bahasa #Melayu | Anak Berdoa | #antirasuah | 

Rasuah Busters - https://www.instagram.com/tv/CSwGUzUFW1J/?utm_source=ig_web_copy_link
Mak Kata Jangan - 
https://www.instagram.com/tv/CSwI1iqnF-w/?utm_source=ig_web_copy_link

2. Video Bahasa Cina
Merdekakan Kami Daripada #Rasuah | #Chinese | 独立日,我们拒绝贪腐 | Kid Praying | Anak Berdoa  | #anticorruption  

Rasuah Busters - https://www.instagram.com/tv/CSwGw8glnYy/?utm_source=ig_web_copy_link
Mak Kata Jangan - https://www.instagram.com/tv/CSwI_iRHYEd/?utm_source=ig_web_copy_link


3. Video Bahasa Tamil
Merdekakan Kami Daripada #Rasuah | Bahasa #Tamil | ஊழலிருந்து எங்களை காப்பாற்றுங்கள்! |  Anak Berdoa | #antirasuah
Rasuah Busters - https://www.instagram.com/tv/CSwHSjVlpp8/?utm_source=ig_web_copy_link
Mak Kata Jangan - https://www.instagram.com/tv/CSwJQTUHSbV/?utm_source=ig_web_copy_link

4. Video Bahasa Inggeris
Merdekakan Kami Daripada #Rasuah | #English | Free Us From #Corruption | Kid Praying | Anak Berdoa  | #anticorruption

Rasuah Busters - https://www.instagram.com/tv/CSwH898FsmJ/?utm_source=ig_web_copy_link
Mak Kata Jangan - https://www.instagram.com/tv/CSwJgBvnstE/?utm_source=ig_web_copy_link
IslamicTunesNEWS | MERDEKAKAN KAMI DARIPADA RASUAH - Rasuah Busters Reviewed by Haji Rozman Abas on 10:27 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.