Latest News

recent

PERGINYA SARAH RAISUDDIN MENINGGALKAN KESAN YANG DALAM BUAT INDUSTRI MUZIK MALAYSIA

Siti Sarah Raisuddin Telah Meninggal Dunia

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita Siti Sarah Raisuddin yang telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat serangan Covid-19.

Salam takziah dan doa dari seluruh warga  Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) dan IslamicTunes kepada keluarga beliau. 

Kami amat terkesan dengan berita pemergian beliau yang sangat dikenali dengan semangatnya yang kuat dalam setiap usahanya. Beliau pastinya akan sentiasa dalam ingatan kami semua. 

Amat perit bagi kami apabila ada warga industri muzik yang meninggal dunia akibat dugaan Covid-19 ini, terutamnya yang baru memulakan perjalanan hijrah ke fitrah agama. Namun begitu, kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. 

Kami juga amat risau dengan taraf kesihatan warga industri muzik yang lain. Menyedari hal ini, IRAMA dan IslamicTunes berharap seluruh warga industri muzik, terutama para artis, syarikat rakaman dan pihak pengurusan artis untuk lebih peka dan berwapada akan wabak ini dalam setiap pergerakan dan urusan mereka diwaktu pendamik ini. 

Sebagai antara industri terakhir yang boleh beroperasi sepenuhnya semula selepas segala urusan pengawalan pandemik selesai, cabaran warga industri muzik sangat besar dalam mengimbangi keselamatan dan kesihatan diri, juga keperluan menjaga ekonomi keluarga. 

Saya, mewakili IRAMA dan IslamicTunes mahu mengingatkan kita semua agar lebih berwaspada dan peka serta cakna dalam menjaga diri dari wabak Covid-19, serta sentiasa mengambil peduli akan diri sendiri, keluarga dan situasi rakan-rakan industri yang lain. 

Moga Allah SWT melindungi kita semua untuk dapat menempuhi tempoh pandemik ini dengan selamat. 

- AYOB ABDUL MAJID
Presiden, Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA)/COO, Islamictunes Network PLT.

#SitiSarahRaisuddin
#Covid19
#pandemik
PERGINYA SARAH RAISUDDIN MENINGGALKAN KESAN YANG DALAM BUAT INDUSTRI MUZIK MALAYSIA Reviewed by Haji Rozman Abas on 9:43 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.