Latest News

recent

GigIslamicTunes Siri 16 | CELIK INDUSTRI - HAKCIPTA, HARTA INTELEK & MONETIZING



Assalamualaikum WBT. Selamat menonton siaran online streaming gigIslamicTunes atau gigIT Siri 16 di: -

Topik: CELIK INDUSTRI - HAKCIPTA, HARTA INTELEK & MONETIZING


Tetamu:
  1. JUSTIN JOHARI, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Undang - Undang dan Penguatkuasaan MACP
  2. OTHMAN MASRI, Ahli Panel Tibunal, MyiPO.
  3. ADIB ZAHAR, Artis Baru Label Karya Positif.
  4. Kumpulan WIRA, Penasyid muda dari Thailand.
  5. HABEEB DILLAH, Penasyid, komposer Indonesia
Bukanlah hasrat IslamicTunes untuk mewujudkan rasa cintakan dunia, materialistik atau melupakan asas syair untuk syiar dakwah Islamiah, namun lebih kepada aspek mempertahan dan memartabatkan kesyumulan agama Islam pada setiap zaman, baik segi teknologi mahupun sosio-ekonomi umat Islam.

Ke manakah hasil kutipan hasil yang diperolehi dari karya klasik dan tradisonal termasuk tilawah bertaranum mahupun sekadar murotal diagihkan? Dan yang lebih penting, bagaimana proses mendaftarkan karya baru atau karya lama sejak zaman berzaman tidak dihakmilikkan oleh pihak2 atau individu tertentu?

International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), sebuah badan persatuan industri muzik rakaman dunia melaporkan nilai dagangan hasil rakaman muzik dunia pada tahun 2020 adalah sebanyak USD21.6 billions, dan dijangka akan mencecah USD40 billions pada tahun 2026. 

Di dalam angka ini, pastinya ada hasil copyright, sound recording dan performance right serta monetizing dari konten-konten Islamik klasik, namun siapa yang mendapat hasilnya? Ke manakah hasil kutipan royalti yang diperolehi dari karya klasik dan tradisonal termasuk tilawah bertaranum mahupun sekadar murotal diagihkan? Dan yang lebih penting, bagaimana proses mendaftarkan karya baru atau karya lama sejak zaman berzaman tidak dihakmilikkan oleh pihak2 atau individu tertentu?

Justeru itu, Nasyid yang merupakan sektor industri muzik atau industri konten yang menyasarkan kepada pasaran Muslim haruslah seiring dengan transformasi perdagangan dan cara penyebaran terkini.

Para ulama, ahli-ahli sufi dan pujangga zaman dulu berkarya tidak memikirkan sudut kewangan atau ekonomi. Mereka menjadikan ciptaan syair-syair selawat, mawlid, qosidah, berzanji, doa, zikir dan puisi sufi untuk menjadi bahan pembelajaran, bahan untuk keraian dan dakwah. Malah bacaan Al Quran juga diciptakan melodi dan gaya tarannum agar menjadikan bacaan lebih tartil.

Ketika dulu juga, sebarang ciptaan tidak dikekang dengan undang-undang hakcipta bagi pengkarya, pemilik rakaman dan pelaku, Dulu sesiapa saja bebas menggunakan ciptaan mereka secara percuma, diubahsuai dan tambahbaik tanpa memerlukan banyak karenah undang-undang.
 
Namun sekarang sudah tidak boleh begitu, jika dibuat juga seolah seperti memperbodohkan diri mencipta dan kemudian pihak lain pula memperdagang dan memperoleh hasil. Hakikatnya, memang terdapat banyak ciptaan-ciptaan klasik ini ternyata telah 'disendiri milikkan' oleh pihak-pihak tertentu yang begitu licik dan bertindak apa saja demi mengaut keuntungan.
 
Justeru itu, diharapkan penggiat-penggiat seni muzik dan budaya Islam mempertingkatkan ilmu masakini dengan mencelikkan mata menambah pengetahuan menerokai perdagangan ini.

GigIslamicTunes Siri 16 | CELIK INDUSTRI - HAKCIPTA, HARTA INTELEK & MONETIZING Reviewed by Haji Rozman Abas on 9:00 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.