gigIslamicTunes Siri 12 | PENASYID TAK MAU DIGELAR ARTIS NASYID?
Assalamualaikum WBT. Selamat bertemu kembali dalam siaran gig@islamictunes atau gig@IT Siri 12 - Ahad jam 9 malam waktu Msia/20:00 WIB/8 malam waktu Thailand. InsyaaAllah! Mohon support dari umat Islam semua utk terus saksikan acara live streaming ini dan rakaman siri-siri sebelum ini di page utama kami di: -
Tetamu kali ini adalah: -
1. SDR. AZHARY AHMAD (Singer/songwriter/Penerbit Rancangan Hiburan TV Al-Hijrah);
2. Kumpulan Nasyid DARWISH (Penasyid Malaysia);
3. SDR. AGUS IDWAR SNADA (Penaysid Indonesia, Penulis Buku Nasyid Indonesia, ex-ahli kumpulan nasyid Snada);
4. SDR. AKMAL JINAN (Penasyid Indonesia);
5. USTAZ RUSLEE ABD. RAHMAN - Pensyarah Kitab Thurath, Persatuan Intelek Cinta Seni Budaya (PICSEB)
6. Penampilan khas Sdr. Mdnoor Hendrix bersama Royce Sa'ayan menyanyi lagu live akustik "Kembara di Tanah Gersang", cover version dari lagu asal oleh kumpulan nasyid lama AL-JAWAHER.
PENASYID TAK SUKA DIGELAR ARTIS NASYID
Agak sinikal dan provokatif topik kali ni, namun isu ini bukan baru atau bukan ciptaan serta ilusi. Ianya memang benar-benar berlaku namun cuba disorok dalam kelambu! Walaupun tak semua, namun ianya memberikan impak yang berbeza kepada maruah dan martabat nasyid untuk 'move on' ke tahap yang lebih global. Jika kita menganggap ini adalah cabaran, mari bersama kita mencari solusi menerusi perbicangan yang berhemah lagi bijaksana. Komen, like, share, follow atau subscribe semasa sedang bersiaran atau bila-bila masa setelah menonton rakaman siaran.
Selamat menonton. Yang baik dari Allah SWT, yang salah silah khilaf adalar dari kamı. Semoga usaha kamı memunafaatkan kita semua, insyaaAllah!
#islamictunes #loonaqrecords #tvtarekat #nasyid #suratcinta #zikir #sholawatan #Mawlid #music #streaming #entertainment #muslimpreneurs #haramain #rindu #gigIT
gigIslamicTunes Siri 12 | PENASYID TAK MAU DIGELAR ARTIS NASYID?
Reviewed by IslamicTunes
on
4:32 PM
Rating:
No comments:
Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!