Latest News

recent

gig@islamictunes Siri 4 | KENAPA PENASYID BARU TIDAK MENYERLAH? Bersama Ust Munif Hijjaz

 

Assalamuailakum WBT. InsyaaAllah kita akan bersiaran lagi pada Jumaat ini bagi meneruskan perbincangan tentang isu, cabaran dan halangan dalam industri nasyid khususnya terhadap pengeluar dan usahawan konten kreatif hiburan yang sesuai buat umat Islam, baik di Malaysia, Indonesia, Thailand dan global.
Tak perlulah kita befikiran negatif atau mewujudkan pemikiran penafian (denial mindset) berkenaan tajuk topik kali ini iaitu - "Kenapa Penasyid Baru Tidak Menyerlah?" khususnya ketika dan saat ini tiada munsyid atau artis yang membawa konsep Islamik tidak begitu mendapat tempat di pasaran hiburan terbuka sekarang secara total!
Sejujurnya kita kehilangan semangat dan keceriaan serta kegembiraan ketika Raihan, Rabbani, Hijjaz dan lain-lain kumpulan atau solois nasyid secara bersama dan total menguasai pasaran muzik bukan saja di Malaysia malah pergi jauh ke dunia global! Di Indonesia kehangatannya disambung oleh kumpulan DEBU, Snada, Opick dan beberapa nama lagi. Kemunculan sekali sekala seperti Maher Zain, Nisa Sabyan dan beberapa nama begitu tampak memunculkan semula suasana namun juga tidak terus dapat bertahan. Ianya hanya bermusim dan akhirnya sejuk atau tak sehangat semasa era puncak popularitinya.
Bukannya tidak ada kumpulan baru nasyid atau solois relegi muncul dengan konten-konten baru, namun seperti keadaanya tidak begitu malar segar seperti dulu. Apakah sebabnya? Di mana silapnya? dan yang pentingnya bagaimanakah kita boleh mengembalikan kegemilangan nasyid dan konten Islamic lainnya.
Jadi kita berterima kasih kepada seorang munyid otai yang boleh dipanggil sebagai salah satu 'living legend' iaitu TUAN HAJI MUNIF dari KUMPULAN HIJJAZ yang sudi bersama gigIT sebagai Ahli Panel untuk serba-sedikit memberikan pandangan dan ulasan atas perkara ini, yang sudah tentunya amat bernilai kepada penasyid-penasyid dan munsyid baru.
Kita juga akan bersama panelis munsyid Indonesia yang sering diberi julukan sebagai "Nasyid Backpacker" yang sering mengembara ke serata dunia membawa irama nasyid seperti ke Hong Kong, Thailand, Singapore, Brunei, Turkey dan lain-lain, terutamanya kepada Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang merantau jauh, iaitu Ustad DENI ADEN yang kini membuka pesantren dan juga basecamp nasyid di Yogyakarta, Indonesia.
Lain-lain ahli panel adalah:-
- Ustazah DIANA USMAN, seorang komposer dan penulis lirik-lirik nasyid popular yang aktif di Pattani, Thailand;
- Sdr. SAMAD dari kumpulan nasyid baru Malaysia iaitu INTISOR; dan
- Sdr. HERMAN HASSAN juga dari kumpulan nasyid baru Malaysia iaitu ASHABUL KAHFI;
Kita juga akan dipersembahkan secara live oleh sebuah kumpulan nasyid baru dari Pattani iaitu AFDHOLUDIN - Kumpulan Nasyid Kompang Kayong, di samping beberapa tayang video klip dan rakaman live kumpulan baru iaitu kumpulan AFLIQ dengan lagu KASYAF dan EL KHADIJAH dengan lagu single utama mereka AS SYUKRAN ALLAH.
Pembicara: Rosli@pakli - (komposer/penulis lirik/penerbit);
Hos Jemputan: Tn Hj.Ghazali Hj.Hasan - Amir Pusat Pengembangan Kebudayaan Islam Patani (PUKIS), Thailand;
Hos: Leia Az-Zahra yang juga interview Umi Auliya dan team Islamictunes Indonesia tentang update kegiatan Festival Nasyid & Shalawat IslamicTunes, Jawa Barat - dan road to KL International Islamic Music Festival & Conference 2022.
InsyaaAllah!
gig@islamictunes Siri 4 | KENAPA PENASYID BARU TIDAK MENYERLAH? Bersama Ust Munif Hijjaz Reviewed by Loonaq Records on 4:26 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.