Latest News

recent

Apa itu IslamicTunes? | What is IslamicTunes?


Apa itu IslamicTunes? | What is IslamicTunes?

IslamicTunes adalah sebuah digital social platform bagi komuniti penerbit, pengusaha dan penggiat talent konten Islam dalam bentuk muzik, audio dan video. Visi IslamicTunes adalah sebagai "Global Muslim Entertainment Hub" yang mempromosikan semua genre hiburan Muslim seperti nasyid, qosidah, doa, zikir, sholawat, mawlid, naat, sufi, lagu-lagu syair positif, tausiyah dll. yang menggabung
dan menghimpun pemain dan penggiat industri konten Islamik seluruh dunia.

Antara faedah IslamicTunes adalah:
- memunafaatkan kepada penerbit, pengusaha, pengeluar dan penggiat-penggiat seni kreatif memasarkan produk dan perkhidmatan mereka;
- tempat untuk peminat atau followers konten Islamik untuk mendapatkan konten islamic secara terus dari seluruh dunia,
- menjadi penghubung kepada pengeluar produk halal dan Muslim menjalin kolaborasi dan kerjasama dengan penggiat-penggiat kreatif Muslim bagi melengkapkan ekosistem EKONOMI HALAL ISLAM.

Hiburan dalam Islam adalah pendidikan, sebagai makanan untuk jiwa untuk memperkasakan nurani dan naluri ummah ke arah iman dan taqwa ke hadrat ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW. Uruslah NAFSU kehendak riadah kita dalam suasana kehidupan yang diredhoiNya, InsyaaAllah!

Adalah matlamat IslamicTunes juga untuk mengajak semua juzuk pembelajaran agama secara berkumpulan seperti kumpulan-kumpulan tarekat, tasawwuf, sufi dan pengikut-pengikut Pak Habib termasuk pusat pendidikan dan rawatan agar menjadikan muzik, audio dan video sebagai wadah 'kebersamaan jemaah', walau tak sefaham namun kita adalah pencari jalan kembali ke suatu tempat abadi yang sama!

Justeru itu, IslamicTunes menghimpunkan jiwa-jiwa yang kering kontang atau dahagakan kegembiraan dengan menjadikan ikon agama sebagai idola kepada arah tuju kehidupan yang semestinya kita tahu, dunia ini hanya sementara dan kita dalam perjalanan ke suatu tujuan iaitu kembali kepadaNya!

Hiburan dalam Islam adalah pendidikan, sebagai makanan untuk jiwa untuk memperkasakan nurani dan naluri ummah ke arah iman dan taqwa ke hadrat ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW. Uruslah NAFSU kehendak riadah kita dalam suasana kehidupan yang diredhoiNya, InsyaaAllah!

#islamictunes
#Loonaq Records 
#TVTarekat 
#SidangPujangga
#majlisekonomihalal
#rezkinomik
#tarekat
#tasawwuf
#ruqyah

Apa itu IslamicTunes? | What is IslamicTunes? Reviewed by Haji Rozman Abas on 1:28 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.