Latest News

recent

GGV2018 - Nasyid bergema lagi, terima kasih ASTRO OASIS

2018 Musim GGV (Gema Gegar Vaganza) kembali lagi..

Add caption

Rata-rata peminat rancangan realiti TV terbitan Astro, GEMA GEGAR VAGANZA 2018 tak sabar-sabar dengan kemunculan semula rancangan ini yang akan ditayangkan kali kedua pada tahun ini. Inilah satu-satunya rancangan hiburan buat penggemar lagu-lagu dakwah, rancangan ini kini menjadi medium yang cukup baik untuk para peminat yang dahagakan sebuah rancangan hiburan yang berbentuk islamik dan dakwah. 
Berbeza dengan rancangan Anugerah Nasyid yang cuma ditayangkan pada malam penganugerahan awal tahun 2018 ini, GGV berkonsepkan realiti dan akan ditayangkan selama 7 minggu dan sudah pastinya akan memberikan kesan trending yang cukup baik terutama dalam pelantar media sosial popular.

Sumber: http://www.gempak.com/artikel/4333/
Perasaan ini turut dikongsi oleh Sdr Faizal Hijjaz untuk menulis dalam akaun instagramnya berkenaan trending ini. Kumpulan nasyidnya Hijjaz merupakan peserta dalam rancangan GGV 2017 yang turut memenangi tangga kedua, ini tulisan beliau:-
"Terima kasih pada pihak astro yang memberi ruang pada para munsyid tempatan beraksi dalam pentas yang berprestij ini.. Ini bukan pentas biasa yang penganjurannya tangkap muat tetapi ini rancangan realiti tv yang memerlukan banyak teknikal juga pakar2 untuk menjayakannya dan juga ratusan ribu baged di keluarkan bagi saya rugi bagi munsyid menolaknya jika terpilih ini satu pengalaman bermakna dan ruang dakwah anda!
Hijjaz pada peringkat awal menolak penglibatannya kerana sebab2 tertentu tetapi peluang dakwah sebegini bila lagi jika kita menolaknya walaupun ggv adalah pertandingan tetapi niat dakwah lagu2 anda di putarkan mengikut percaturan anda dan niat anda ketika menyampaikan mesej2.
Penghormatan dari pihak astro kepada para munsyid amat di hargai.. Ruang solat dan waktunya dijaga demi penganjuran ini supaya ia tidak tersasar dari halatuju sebenar bila masuk waktu solat munsyid akan melaungkan azan dan bersolat bersama2 kru2 wanita semua bertudung walau bukan tidak sebelumnya.
Ternyata penglibatan munsyid dalam ggv musim pertama membuahkan ukhwah luar biasa antara peserta munsyid dan kru2 ini dinyatakan sendiri oleh staf2 dan kru2 astro sbb ini rancangan pertandingan biasanya setiap artis bila datang dan setelah selesai kan berlalu pergi. Lain munsyid mereka berkumpul sebilik dan bertukar2 idea dan pengalaman mereka bersama dan kru2 join sekaki..
Kita pastikan ia trending lagi dimedia sosial setiap minggu 1.4juta tontonan. Takbir!..."

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, "musim kedua ini bakal menyaksikan persaingan lebih sengit dengan kehadiran ramai artis seperti Farah Asyikin, Awi Rafael dan ramai lagi,".

Kumpulan nasyid kontemporari era 1990an, Brothers dan Inteam adalah antara 11 peserta program GGV2 2018 ini. Program ini akan bermula pada 31 Mac ini dan selain itu dua kumpulan ini akan bersaing dengan lain-lain kumpulan, duo dan solo iaitu Devotees, Mestica dan Rabithah, Heliza dan Hazwani Helmi serta artis solo, Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.
Tahniah semuanya. Bukan pemenang yang kita cari, dakwah yang terkandung dalam setiap syair itu semoga hendaknya bermunafaat mengangkat syiar Islam seterusnya ke martabat yang tertinggi. InsyaaAllah!

#hijjaz, #astro, #astrooasis #nasyid
GGV2018 - Nasyid bergema lagi, terima kasih ASTRO OASIS Reviewed by IslamicTunes on 2:31 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.