IslamicTunesNews | AFLIQ KUMPULAN NASYID YANG MEMBAWA KONSEP DAKWAH SAMBIL BERHIBUR
Kumpulan nasyid yang membawa konsep dakwah sambil berhibur
AFLIQ adalah sebuah kumpulan nasyid yang membawa konsep dakwah sambil berhibur. Dianggotai oleh 5 orang anak-anak muda berbakat iaitu Miqdad, Deedat, Ferhat, Izhar dan Amirul. Mereka pada asalnya adalah dari kumpulan Nasyid "Fair Heart" dimana mereka bertemu ketika masing masing sedang belajar di International Islamic College (IIC), Gombak.
Aktif
didalam persembahan-persembahan nasyid dan aktiviti nasyid underground, mereka
mula dikenali kerana kelainan mereka dalam menggubah lagu-lagu kepada versi
Acapella selain memasukkan elemen beatbox dan dubstep dalam setiap lagu.
Setelah
hampir setahun bersama dalam aktiviti seni suara, akhirnya AFLIQ diberikan
peluang oleh Loonaq Records Malaysia untuk menghasilkan Mini Album mereka
tersendiri. Itulah ketikanya nama asal "Fair Heart" diubah kepada
"Afliq" selaras dengan konsep kontemporari yang bakal dibawakan dan
album sulung mereka. Terkini, AFLIQ akan melancarkan single pertama mereka
bertajuk "Kasyaf" hasil nukilan lirik dan lagu oleh Haji Rozman
(Loonaq Records).
Pada asal
penubuhan, nama yang digunakan ialah FairHeart, tetapi pada ketika proses
menandatangani Kontrak bersama Loonaq Recods, pihak syarikat rakaman
mencadangkan nama FairHeart ditukar kepada sebuah nama yang lebih bersifat
commercial dan kontemporari. nama AFLIQ sebagai nama baru. Menyedari tiada
sejarah atau rujukan sahih berkenaan sejarah nabi bernama AFLIQ, afliq
bersetuju membawa nama ini tanpa sebarang maksud.
Bermula
sekadar minat dalam muzik dan islamic content, Afliq sering dinasihat oleh senior
dalam industri nasyid untuk bernasyid secara serius. Ini adalah kerana Afliq
sering membuat kelainan dalam susunan antaranya music arrangement, Rap, Beatbox
dan lain-lain. Kelainan ini dilihat sebagai daya tarik yang boleh menarik minat
pelbagai lapisan masyarakat dan yang paling penting ia mungkin boleh menarik
minat non-muslim untuk mendekati islam melalui mesej yang disampaikan dalam
nasyid. Secara tidak langsung, islamic content (mesej dakwah) yang dibawa boleh
disampaikan kepada orang ramai.
IslamicTunesNews | AFLIQ KUMPULAN NASYID YANG MEMBAWA KONSEP DAKWAH SAMBIL BERHIBUR
Reviewed by Unknown
on
2:36 AM
Rating:
No comments:
Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!