IslamicTunesNews | SAFIYA NASHEED ASAL MALAYSIA SAHABAT SEJATI ‘CONVERTED MUSLIM’
Safiya
menurut asal nama dari Arab bermaksud sahabat sejati, setia dan tulus ikhlas;
sementara asal nama dari Swahili pula bermaksud asli atau murni (pure).
Oleh itu, pemilihan nama
ini amat bersesuaian dengan ahli-ahli kumpulan SAFIYA yang merupakan sahabat
sejati ‘converted muslim’ dan kini aktif dalam aktiviti dakwah khususnya untuk
para muallaf dan umat Islam amnya.
Awal mula terbentuk Safiya Nasyid
Usaha penubuhan kumpulan
nasyid pop SAFIYA ini dimulakan oleh sdri Leia AzZahra Justin Abdullah yang
telah mendapat tawaran dari Loonaq Records membuat rakaman mini album lalu
mengajak sahabat-sahabatnya yang sama-sama terlibat dalam siri sitcom muzikal
bertajuk “Studio Muallaf” terbitan TV Al-Hijrah iaitu sdri Nurain dan sdri
Valerie pada Disember 2011 yang lalu.
Leia berasal dari Penampang,
Sabah mula bergiat dalam seni dakwah pada tahun 2008 dengan kemunculan
lagu single pertama yang diciptanya sendiri berjudul “Mencari Yang
Hilang” yang turut
dimuatkan dalam kompilasi album Pop Nasyid terbitan Nova Music. Lagu ini telah
berada di dalam Carta IKIM.fm selama 4 bulan selain turut dicalonkan sebagai
dalam kategori lagu/lirik serta solo single terbaik dalam Festival Anugerah
Nasyid tidak lama dulu.
Sementara itu sdri Nurain
T. Abdullah juga berasal dari Sabah bergiat sebagai aktivis muallaf membantu
dan berdakwah kepada saudara-saudara baru muslim selain turut serta di dalam
sitcom “Studio Muallaf” turut membuat perniagaan freelance salon
muslimah. Sebelum Islam, beliau memang bergiat di dalam bidang nyanyian
secara serius termasuk menganggotai live band dan menyanyi di kelab-kelab sejak
dari umur 18 tahun di Sabah dan seluruh Malaysia.
Sdri Valerie Cassera pula
merupakan saudara muallaf yang paling juniour kini sedang dibimbing oleh kedua
sahabat-sahabatnya dalam SAFIYA di samping bantuan dari pihak PERKIM
Ampang, Malaysia Reverted Muslim dan
pihak-pihak lain. Berasal dari Kuching, Sarawak, Valerie merupakan
siswazah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (UiTM) mula bergiat dalam
nyanyian koir sekolah rendah dan menengah. Kini di samping mempunyai pekerjaan
tetap, beliau sering meluangkan masa untuk sebarang aktiviti pembelajaran agama
Islam yang dianjurkan oleh PERKIM dan beberapa NGO untuk saudara-saudara baru.
Penubuhan Kumpulan Safiya
menandakan bermulanya perjuangan ketiga-tiga muslimah saudara baru ini di dalam
aktiviti seni nyanyian dakwah. Menurut mereka bertiga antara objektif
utama kumpulan ini adalah untuk menambah dan mengukuhkan peralatan dakwah
mereka di zaman moden terkini di samping turut menjaga keimanan mereka agar
terus kukuh diperbaharui setiap detik dan masa. Mereka berharap akan dapat
bertemu dengan lebih ramai umat Islam di negara ini dan luar untuk merapatkan
ukhwah dan belajar dari mereka yang lebih berilmu untuk menambah ilmu agama
yang terlalu luas ini.
Cinta
Muallaf single
pertama Safiya Nasyid
Lagu single pertama
kumpulan SAFIYA bertajuk ‘CINTA MUALLAF’ telah diterbitkan sebagai langkah
pertama memperkenalkan SAFIYA dan album mini sepenuhnya akan berada diedaran
tidak lama lagi.
Diharap album ini dapat
diterima oleh masyarakat Islam keseluruhannya sebagai salah satu wadah
perjuangan dakwah islam di samping dapat memberi rasa bertuhankan Allah SWT
serta mencontohi/mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah SAW. SAFIYA juga
berharap lagu-lagu nasyid pop mereka ini dapat menambah motivasi kepada saudara-saudara
muslim yang baru dan juga kepada umat Islam lain.
IslamicTunesNews | SAFIYA NASHEED ASAL MALAYSIA SAHABAT SEJATI ‘CONVERTED MUSLIM’
Reviewed by Unknown
on
7:08 PM
Rating:
No comments:
Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!