Latest News

recent

IslamicTunesNews | NAZREY SUPPORT ISLAMICTUNES JADI PLATFORM DIGITAL HIBURAN HALAL SEDUNIA


















"Kita sepatutnya sudah lama buat platform ini untuk majukan nasyid sedunia, takkan selamanya kita bergantung kepada google, facebook dan lain-lain platfrom media digital sedangkan himpunan konten-konten mereka bercampur-baur yang kebanyakkannya lari dari syariah Islam," kata Ustaz Nazrey semasa berkunjung ke teratak Haji Rozman, founder IslamicTunes untuk rakaman hari raya dan perbincangan membuat rakaman khas single Nazrey oleh Loonaq Records.

"Semasa bersama Raihan, saya tak dapat melaksanakan banyak perkara khususnya untuk membuat amal dakwah kerana terlalu sibuk dengan urusan mengisi undangan persembahan ke serata dunia, terikat dengan syarikat rakaman yang mempunyai jadual pengurusan dan lain-lain hal, tapi apa yang nyata dan telah terbukti irama nasyid boleh menguasai khususnya pasaran hiburan di Malaysia dan Indonesia jika tumpuan promosi dan kontennya berkualiti," sambung Nazrey lagi yang mengaku banyak kenangan indah yang takkan dapat dilupakan sepanjang beliau bersama The Zikr iaitu kumpulan asal sebelum bertukar nama kepada Raihan sehingga menggegar dunia dengan lagu-lagu dakwah nasyid.

"Setelah keluar dari Raihan, saya masih terus bernasyid tetapi secara solo di samping tumpuan lebih banyak untuk membina kompleks maahad tahfiz Bayu Shahadah dan berdakwah di negeri Sabah, iaitu negeri saya dilahirkan," tambah Nazrey yang sebenarnya dulu seorang muallaf dan kembali pada Islam ketika remaja beliau.

Nazrey (ex-Raihan) Support IslamicTunes

"InsyaaAllah saya akan support IslamicTunes untuk jadi Komuniti Konten Muslim khususnya nasyid, audio dan video agar pertamanya kita dapat bersatu memartabatkan dakwah menerusi seni budaya dan mengekang budaya mungkar yang disebarkan menerusi hiburan berleluasa tanpa dapat dihalang," ucap Nazrey mengakhiri pertemuan kami.

Loonaq Records dengan ini mempelawa munysid Indonesia untuk bergabung dan berkolaborasi dalam single yang sedang dirancang ini, dengan menghubungi secara private message di account facebook IslamicTunes.


IslamicTunesNews | NAZREY SUPPORT ISLAMICTUNES JADI PLATFORM DIGITAL HIBURAN HALAL SEDUNIA Reviewed by IslamicTunes on 12:05 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.