Latest News

recent

IslamicTunesNews | MESTICA MERUPAKAN GABUNGAN AHLI DARIPADA 3 KUMPULAN NASYID

MESTICA gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid

Kumpulan MESTICA telah ditubuhkan di UiTM Shah Alam dengan dianggotai oleh 4 orang mahasiswa UiTM. Kumpulan ini sebenarnya adalah gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE, As-Syiffa’ dan Al-Wahdah.
Selepas pembubaran kumpulan-kumpuan tersebut atas pelbagai sebab maka saudara Khairulnizam Zainol yang kini mengetuai kumpulan “MESTICA”, telah mengambil inisatif untuk mengumpulkan kembali bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut bagi meneruskan kesinambungan irama nasyid di UiTM.
Mestica sokong dan bombing kumpulan nasyid pemula di UiTM
Kumpulan Mestica juga memberi sokongan dan bimbingan kepada kumpulan-kumpulan nasyid baru di UiTM seperti kumpulan nasyid Skilas, Kolej Perindu. Hasil tunjuk ajar mereka telah berjaya meletakkan kumpulan nasyid Skilas sebagai sebuah kumpulan nasyid yang popular di kalangan pelajar-pelajar di Uitm Shah Alam, Pada peringkat awal penubuhannya kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas menjalani ujibakat bersama pihak Hijjaz Music Entertainment (HME) dan diterima menjadi anggota keluarga terbaru HME nama kumpulan ini ditukar sekali lagi kepada nama “MESTICA”.

Album kumpulan Mestica Malaysia
  • Sendu Sendawa (2004)
  • Layar Keinsafan (2005),
  • Tigasatutiga (313) (2007)

Album Sendu Sendawa merupakan album pertama kumpulan Mestica yang diterbitkan pada 2004.Album 313 menonjolkan lagu Badar 313 yang diberikan pengaruh muzik sedikit rock dengan elemen gothic. Bermula dengan Segalanya Milik Mu di Trek1, pendengar dihiburkan dengan irama nasyid kontemporari yang agak perlahan. Diikuti Hurul Ain di Trek2 yang ditampilkan dalam rentak padang pasir yang rancak. Kemudian kembali ke rentak yang sederhana perlahan dengan Nasuha di Trek3. Lagu Seruan di Trek4 diberikan melodi agak patriotik itu lebih menarik dengan kesan khas bunyi pada latarnya. Turut dimuatkan lagu bernada sedih Wajah Suci di Trek5 selain Muhammad Al-Huda di Trek6 dan Mimpi Yang Indah di Trek7.



IslamicTunesNews | MESTICA MERUPAKAN GABUNGAN AHLI DARIPADA 3 KUMPULAN NASYID Reviewed by Unknown on 4:41 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.