Latest News

recent

IslamicTunesNEWS | TAKZIAH BUAT ZAIDI RUSTAM ATAS PEMERGIAN ISTERINYA, USTAZAH SHAMSIAH



IslamicTunes merasa seluruh jiwa sebak dan terharu apabila mengenangkan seorang sahabat munsyid yang baru kehilangan bidadarinya semalam di IKN. Semoga saudara Zaidi Rustam dan anak tabah akan ketentuan Ilahi ini. Kerana inilah takdir yang telah Allah SWT tetapkan.
 
Kami sempat menjelajah ucapan-ucapan dari sahabat handai di medsos sejak semalam, semua cerita yang baik-baik saja yang kami baca tentang almarhumah. 

Memang orang yang baik Allah sayang! Kami petik tulisan saudara Razin Mestica, sahabat baik Zaidi dan juga pengerusi MUNSYID Malaysia, indah tulisan beliau seindah sebagaimana lakaran peribadi Almarhumah...

"...mengenali Kak Sham sejak lebih 15 tahun lepas rasanya tak pernah sekali pun saya dengar perkara yang tidak baik tentang beliau. Abang Zaidi Rustam sering bergurau dengan saya mengatakan berbicara dengan Kak Sham umpama berada di Raudhah dalam filem Syukur 21. Siapa yang pernah menonton filem tu mungkin faham betapa "terlampau baiknya" watak2 dalam tu sampai watak antagonis pun masih secara relatifnya baik. Itulah gambaran betapa baiknya akhlak dan kepribadian Kak Sham yang memang sesuai sangat dengan abang Zaidi. 
Semalam, Kak Sham telah kembali mengadap ilahi dan ramai kawan-kawan menulis tentang kebaikan beliau dalam ucapan masing2. Saya dan Mass Mohamad ucapkan setinggi takziah kepada Abang Zaidi dan anakanda Saiyidah Nafisah Zaidi . Semoga roh almarhumah ditempatkan bersama para anbiya dan solehin serta diganjarkan syurga....".

Buat Zaidi Rustam , kami merakamkan takziah atas pemergian isterimu yang dicintai.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhan kami,
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiinn.

AlFatihah
IslamicTunesNEWS | TAKZIAH BUAT ZAIDI RUSTAM ATAS PEMERGIAN ISTERINYA, USTAZAH SHAMSIAH Reviewed by IslamicTunes on 12:07 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.