Latest News

recent

Ada apa di HALAL INDONESIA EXPO 2019?

KUNJUNGAN SILATURRAHMI KE BOOTH  PT GLOBAL IKHWAN GRUP 

Haji Rozman Abas meluangkan sedikit masa untuk membuat lawatan silaturrahmi ke booth PT Global Ikwan Grup yang sedang membuat pameran produk-produk dan perkhidmatan mereka sempena Halal Expo Indonesia 2019 tanggal 27 Jun yang lalu.

Sifat ramah mesra pengurusan GIG ini membiaskan semula ingatan hjrozman sewaktu berkunjung ke rumah Allahyarham Abuya di Rawang, Malaysia lama dulu sewaktu beliau menghadapi sakit yang tidak boleh mengeluarkan suara, dan imbaun itu telah dinyatakan sewaktu pertemuan tersebut. Sifat ramah dan memuliakan tetamu itu tetap subur dan itulah antara 'tanda-tanda Islam' yang disebutkan oleh Allayarham ketika itu bila menyatakan perjuangan yang perlu kita teruskan adalah menyuburkan tanda-tanda Islam ini kepada umat seluruhnya sebagai suatu dakwah yang tidak perlu diucapkan dan diperseterukan.

InsyaaAllah kami akan menyambung lagi perbincangan singkat tersebut yang mana lebih kepada mencari bentuk kerjasama antara GIG yang juga merupakan pelopor kepada kebangkita nasyid awal dulu semasa Al Arqam mengeluarkan banyak produk-produk nasyid bersama Nada Murni dan lain-lain.

"Kita perlukan sebuah platform digital khusus untuk pemain-pemain industri musik dan pengeluar konten Islami seperti Spotify atau Soundcloud demi kelansungan tanda-tanda Islam ini merebak dalam dunia hiburan atau musik. Ketiadaan ini akan membuat ruang untuk ummah menolak seni dan budaya mungkar yang ditaja oleh mereka yang tidak pernah aman dengan Islam seolah tertutup dan tiada pilihan lain mereka pastinya akan menjerumus kepada platform-platform digital ini yang semain kembang biak dan menjadi tren dewasa ini,'.

"Justeru itu IslamicTunes memerlukan konten partners yang besar, kukuh dan konsisten dalam mengeluarkan konten-konten muzik atau audio video bagi mengisi platform digital yang telah diusahakan oleh IslamicTunes ini,  dan GIG juga selain dari sudah berpengalaman dan mempunyai katalog konten-konten dahulu yang banyak, apalagi memahami misi dan visi IslamicTunes untuk sama-sama memakmurkan tanda-tanda Islam dalam seni dan budaya ini, diharapkan satu kerjasama yang jitu dan kukuh dapat diusahakan, insyaaAllah," ujar pak hjrozman ketika menamatkan kunjungan silaturrahim ini.

Ada apa di HALAL INDONESIA EXPO 2019? Reviewed by Haji Rozman Abas on 9:10 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.