IslamicTunesNews | ALFIRA SANUBARI SERIKANDI NASYID MALAYSIA
Sahabat IslamicTunesNews yang dimuliakan Allah SWT, Wanita yang
akan kita bahas pada kesempatan kali ini merupakan wanita yang tangguh,
mempunyai tekad yang besar untuk terus bersyiar melalui sya’ir, ‘Alfira‘ bukanlah
sebuah nama baru dalam industri muzik. Berawal dari beliau memenangi beberapa
pertandingan nyanyian termasuk pernah mewakili Malaysia di pertandingan ASIA
BAGUS yang berlangsung di Singapura pada tahun 1995.
Wanita juga boleh jadi pengusaha
Dibalik kesuksesan beliau sebagai Pengusaha Butik Alfira &
Sufi Kecil, beliau masih menyempatkan diri untuk berkarya dan menciptakan lagu,
Setelah lama berhenti, kini Alfira kembali dengan sesuatu yang baru. Alfira
memilih dakwah sebagai landasan untuk beliau menyampaikan sesuatu yang lebih
bermakna kepada masyarakat. Bagi Alfira, dakwah merupakan suatu medan
pandidikan yang sangat ‘efektif’ dalam membentuk minda, perasaan dan jati diri
seseorang.
Alfira terpanggil untuk
melakukan sesuatu sebagai sumbangannya dalam usaha membentuk dan mendidik
manusia, justru beliau telah menjadikan keseluruhan liriknya mempunyai
unsur-unsur didikan yang terus membawa manusia kembali kepada fitrah asal yaitu
mengenali Tuhan lantas cinta dan takutkan Nya.
Antara kemanusiaan & kasih sayang
Konsep yang coba dibawa oleh Alfira berkisah tentang ‘kemanusiaan
& kasih sayang’. Pendekatannya lebih kepada ‘spiritual’ karena sasarannya
adalah jiwa manusia yang sentiasa berhadapan dengan berbagai krisis dan
kemelut. Dengan menggunakan khidmat Shanazron sebagai penerbit yang
berpengalaman, maka telah terbitlah satu konsep yang cukup unik sekali.
Untuk memperkenalkan dan mempromosikan keunikan, kekayaan,
kebudayaan serta kesenian muzik yang berteraskan Islam. Dengan ini masyarakat
akan didedahkan dengan kesenian muzik “Islamic Global” yang berkonsepkan kasih
sayang serta kedamaian seiring dengan ajaran Islam.
Album ini juga dapat membantu untuk membetulkan persepsi
masyarakat luar terhadap Islam. Untuk membuktikan bahawa umat Islam sentiasa menyintai
kedamaian. Mesej keamanan akan dapat disampaikan membuktikan bahawa Islam
adalah merupakan agama kedamaian dan menolak sebarang bentuk unsur-unsur
keganasan.
Album ini akan mendekatkan rakyat dengan semangat menyintai
kedamaian dan menentang keganasan. agar masyarakat akan lebih terdidik dan
menghargainya.
IslamicTunesNews | ALFIRA SANUBARI SERIKANDI NASYID MALAYSIA
Reviewed by Unknown
on
3:25 PM
Rating:
No comments:
Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!