Latest News

recent

IslamicTunesNews | AFLIQ NASHEED ARTIS NASYID PERTAMA YANG MENGGUNAKAN BEAT BOX DI MALAYSIA


Terdampar kesepian ini tidak tahu mana negeri..., (mana negeri)
Tanpa handphone, laptop, wifi,teknologi...,
Aku kembali bertanya diri cari jalan komunikasi..., (komunikasi)
Tanpa facebook, twitter, youtube dan wiki.

~~Hasbunallahu Wani'mal Wakeel, Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah.......~~

Tersedar rahsia kasyaf dari jalan Ilahi...,
Menakluk minda citra insani...,
Dari ilmu fikir tauhid berseni...,
Isra Mikraj oleh Nabi...,
Misteri ilham dan juga gerak hati...,
Amalan sufi, sahabat dan wali...,
Jelajah yang dipercayai.

Al-Quran ditafsir untuk mencari-cari bukti hakiki..., (yang hakiki)
Bukan dikaji sebagai sumber inovasi...,
Cukupkah syariat sebagai makna insan dunia realiti..., (realiti)
Tauhid disoal bagaikan a,b,c,d...e.

Ilmu angkasa diteroka...,
Bagai ilusi dan animasi...,
Diwartakan sebagai sesat...,
Dan tersasar jika dikaji...,
Sedangkan musuh kita terus ke hadapan menguasai...,
Teknologi komunikasi digital dan satelit.

~~Hasbunallahu Wani'mal Wakeel, Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah.......~~

Inginku kembali cari jalan komunikasi...,
Talian kasyaf cinta dari Ilahi...,
Rahsia dari Quran dan sunnah Nabi...,
Cari tauhid yang berseni...,
Mari cari kasyaf cinta abadi...
Sebelum kiamat mendatangi...,
Terpenjara dimungkari.
Lirik diatas merupakan lagu dari kumpulan AFLIQ yang sangat fenomenal di belantika music religi tanah air, terutama di IslamicTunes. Kenalkah sahabat dengan kumpulan nasheed ini?

AFLIQ adalah sebuah kumpulan nasyid yang membawa konsep dakwah sambil berhibur. Dianggotai oleh 5 orang anak-anak muda berbakat iaitu Miqdad, Deedat, Ferhat, Izhar dan Amirul. Mereka pada asalnya adalah dari kumpulan Nasyid "Fair Heart" dimana mereka bertemu ketika masing masing sedang belajar di International Islamic College (IIC), Gombak. 

Aktif didalam persembahan-persembahan nasyid dan aktiviti nasyid underground, mereka mula dikenali kerana kelainan mereka dalam menggubah lagu-lagu kepada versi Acapella selain memasukkan elemen beatbox dan dubstep dalam setiap lagu. 

Setelah hampir setahun bersama dalam aktiviti seni suara, akhirnya AFLIQ diberikan peluang oleh Loonaq Records Malaysia untuk menghasilkan Mini Album mereka tersendiri. Itulah ketikanya nama asal "Fair Heart" diubah kepada "Afliq" selaras dengan konsep kontemporari yang bakal dibawakan dan album sulung mereka. Terkini, AFLIQ akan melancarkan single pertama mereka bertajuk "Kasyaf" hasil nukilan lirik dan lagu oleh Haji Rozman (Loonaq Records).

Pada asal penubuhan, nama yang digunakan ialah FairHeart, tetapi pada ketika proses menandatangani Kontrak bersama Loonaq Recods, pihak syarikat rakaman mencadangkan nama FairHeart ditukar kepada sebuah nama yang lebih bersifat commercial dan kontemporari. Ketika itu, Afliq merujuk kepada senarai 313 nama-nama nabi (http://azreenholaholi94.blogspot.my/2013/01/313-nama-nama-nabi-dan-rasul.html) dan memilih nama AFLIQ sebagai nama baru. Menyedari tiada sejarah atau rujukan sahih berkenaan sejarah nabi bernama AFLIQ, afliq bersetuju membawa nama ini tanpa sebarang maksud.

Bermula sekadar minat dalam muzik dan islamic content, Afliq sering dinasihat oleh senior dalam industri nasyid untuk bernasyid secara serius. Ini adalah kerana Afliq sering membuat kelainan dalam susunan antaranya music arrangement, Rap, Beatbox dan lain-lain. Kelainan ini dilihat sebagai daya tarik yang boleh menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan yang paling penting ia mungkin boleh menarik minat non-muslim untuk mendekati islam melalui mesej yang disampaikan dalam nasyid. Secara tidak langsung, islamic content (mesej dakwah) yang dibawa boleh disampaikan kepada orang ramai. 

Afliq baru sahaja mengeluarkan single sulung bertajuk KASYAF (digital release) keluaran Loonaq Records. Kasyaf boleh didapati secara online di Islamic Tunes, iTunes, Spotify dan lain2 online stores. Selain itu, Official Lyric Video Kasyaf boleh ditonton di Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=2wnFgNJbxyM). Inshaalah Official Video Clip akan akan turut dikeluarkan dalam masa terdekat.

Afliq - Kasyaf (Official Music Video)

Kelainan yang dibawa oleh kumpulan Afliq yang mana ia turut diselitkan di dalam single ini ialah seni "Beat Box" yang dibuat oleh ahli Afliq sendiri, iaitu Ferhat. Kelainan ini merupakan elemen terbaru dalam dunia muzik / nasyid tanah air dimana Afliq merupakan artis nasyid pertama yang menggunakan Beat Box di Malaysia. 




IslamicTunesNews | AFLIQ NASHEED ARTIS NASYID PERTAMA YANG MENGGUNAKAN BEAT BOX DI MALAYSIA Reviewed by Unknown on 8:56 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.