Latest News

recent

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH BUAT YB TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA



Pertamanya saya mewakili rakan-rakan penggiat nasyid Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dn terima kasih di atas kprihatian YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan pihak kementerian terhadap induatri nasyid tempatan.Sudah agak lama kami menantikan seorang pemimpin kanan negara yang melihat industri nasyid secara strategik dan bukan sebagai hiburan semata-mata. Idea untuk Malaysia mengangkat nasyid sebagai satu industri strategik negara sebagaimana Kpop untuk Korea Selatan pernah saya sebut dalam ucapan saya di hadapan salah seorang penasihat YAB PM dalam majlis rumah terbuka MUNSYID MALAYSIA sedikit masa lalu.

Kpop mengambil masa 30 tahun untuk dibangunkan sebagai agenda negara dengan usaha secara kolektif oleh pihak kerajaan dan korporat.Kita mungkin hanya melihat Kpop sebagai hiburan korea yang menembusi pasaran dunia semata-mata. Namun kerajaan korea melihat Kpop mengangkat bersama secara tidak langsung industri fesyen, kosmetik, aksesori, pelancongan mahupun pembedahan plastik yang bernilai ratusan juta USD.

Nasyid Malaysia juga punya potensi yang sama. Sebagai negara yang dianggap sebagai "the home of contemporary nasyeed" oleh aktivis nasyid dunia, nasyid Malaysia sudah punya ruang dan jalan untuk menembusi pasaran dunia. Artis-artis nasyid Malaysia seperti Raihan dan lain-lain telah sampai di negara-negara seperti Russia, US, Eropah,Timur tengah, Afrika, Canada malah Ivory Coast!. Dan mereka ini bukan sampai ke negara-negara ini mengikuti trade mission atau tourism mission kerajaan tetapi dijemput secara terus oleh masyarakat di sana. Dalam bahasa mudah, it's totally a business deal.Bayangkan jika nasyid mendapat sokongan kerajaan secara strategik.Pastinya kesannya akan menjadi lebih besar.

Sepertimana Kpop, apabila kita sebut industri nasyid ia tidak hanya merujuk kepada showbiz dan muzik semata-mata.Nasyid juga punya trend pakaiannya, aksesorinya, makanannya dan pelbagai lagi.Kita pastinya pernah mendengar istilah baju raihan, kopiah hijjaz,songkok rabbani, kurta unic dan sebagainya. Begitu juga industri F&B yang turut menggunakan nasyid atau ikonnya sebagai platform jenama dan pemasaran seperti Muniff Hijjaz Choco, Kurma Rabbani, Inteam Coco dan sebagainya.

Dalam mendepani industrial revolution 4.0 yang berasaskan ekonomi digital, sebuah platform market place yang mengumpulkan konten islamik dari seluruh dunia juga telah dibina dan digerakkan oleh anak-anak muda dari Malaysia menggunakan jenama IslamicTunes sejak beberapa tahun lalu.
Walaupun kelahiran Malaysia ia mendapat sambutan yang sangat baik melalui pembinaan komuniti penggiat dan pengguna di Indonesia, Thailand, Singapura malah pengkarya konten islamik dari US, Afrika Selatan, Timur Tengah juga menfaatkan platform kelahiran Malaysia ini.

Malangnya ia kurang mendapat sokongan daripada agensi-agensi kerajaan sebelum ini walaupun pernah dibentangkan melalui siri pitching dengan pihak berkenaan. Antara feedback yang didapati adalah terdapat pihak yang skeptikal terhadap potensi industri hiburan digital apatah lagi yang memberi fokus kepada segmen Islamik. Namun ada masa yang sama terdapat tawaran daripada kerajaan negara jiran untuk memberikan sokongan dan pelbagai insentif menarik dengan syarat menjenamakan semula platform ini sebagai produk negara mereka. Atas sedikit semangat patriotik tawaran itu terpaksa ditolak setidak-tidaknya hingga saat ini. Jika orang lain boleh nampak potensi nasyid dan hiburan islamik kita,maka mengapa tidak pihak kerajaan?

Walau apapun, saya mewakili rakan-rakan penggiat industri nasyid Malaysia di @munsyidmalaysia ingin sekali lagi kepada pihak YB dan Kementerian Pelancongan di atas keprihatinan dan sikap positif terhadap potensi yang ada pada industri nasyid Malaysia.Semoga dengan keprihatinan ini akan dapat dizahirkan dengan lebih berkesan melalui program dan strategi jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk menjadikan irama nasyid kita dapat dieksport dengan lebih berkesan di pasaran dunia sekaligus memberi impak ekonomi dan sosial kepada Malaysia.

Kami di MUNSYID MALAYSIA bersedia memberikan sokongan dan kerjasama seluas-luasnya atas sebarang usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan dan kerajaan seluruhnya demi memperkasakan industri nasyid tanah air di era Malaysia baru.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Razin Mestica
Presiden MUNSYID Malaysia

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH BUAT YB TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA Reviewed by Muhammad Fadhli on 6:06 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.