Latest News

recent

Filem Munafik 2, Cabaran Besar Buat Pengamal Tarekat dan Tasawwuf?

#Munafik 2 Buktikan Pasaran Filem Genre Islamik Diminati

Syabas kepada Syamsul Yusof dan seluruh crew Skop Production di atas kejayaan besar filem Munafik 2 ini. Filem yang telah memecahkan rekod kutipan paling tinggi setakat ini yang dimaklumkan oleh Syamsul sendiri dari instagram beliau iaitu berjumlah lebih RM30 juta setelah ditayangkan 10 hari di pawagam atau biskop. Tahniah!

Ini membuktikan bahawa pasaran berdasarkan Islamik adalah besar dan luas yang mana filem ini juga turut dinanti-nantikan bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia dan rantau Nusantara yang mempunyai bahasa dan amalan yang banyak kesamaannya. Sudah sampai masanya filem ini dibawa ke pentas antarabangsa yang kualitinya sama seperti banyak filem-filem seram buatan Hollywood, Hong Kong (China) dan Bollywood dan juga pasaran negara-negara Arab yang begitu memandang tinggi kepada filem budaya mungkar.


Banyak Lagi Jalan Lain Ke Syurga

Masih banyak lagi segmen atau subjek ilmu dalam Islam yang masih belum diangkat kepada medium seni media layar seperti filem, drama malah muzik juga. Kejayaan Syamsul ini diharap menjadi pemangkin kepada wujudnya kecenderungan penerbit-penerti filem lain yang mana ilmu Islam ini masih banya. Malah sudah sampai masanya orang-orang Islam memandang kepada medium ini untuk menyokong pembikinan-pembikinan produksi berkonsep dakwah sebegini bukan sahaja sebagai penonton dan pendengar sebaliknya juga sebagai pelabur.

Banyak lagi jalan lain ke syurga, bukan semata-mata menderma kepada pembinaan masjid dan musollah atau mahad tahfiz yang memberi erti pembinaan infrastruktur fizikal sebaliknya meninggalkan atau membiarkan pembinaan jiwa di tangan pembuat-pembuat konten seni hiburan mungkar!

Filem Kita, Budaya Kita, Wajah Kita, Jiwa Kita

Namun Munafik tidak membawa bersama medium-medium seni Islamik yang lain seperti nasyid, qasidah, zikir dan maulid. Munafik tidak juga berusaha untuk membawa budaya Islam bukan saja dipandang dari kaca layar tetapi juga dijelmakan ke kaca realiti iaitu semua pelakunya membawa nilai-nilai akhlak Islami yang sewajarnya, termasuk cara pakaian menutup aurat dan lain-lain. Adalah dicadangkan untuk filem-filem seterusnya, Syamsul dapat membawa seni budaya ini dalam karyanya atau memunculkan suatu yang lebih holistik yang mencerminkan seni budaya Islam zaman millennia.

Tidak seperti filem-filem bapanya, Dato Yusof Haslam yang gemar menggunakan influen lagu-lagu tophit Melayu ketika zamannya, Syamsul sebaliknya tidak membawa bersama seni budaya Islam secara holistik di dalam filem Munafik ini. Ini menjadikan Munafik 2 begitu keras-sekerasnya dan tumpuan hanya kepada ilmu ruqyah syarriyah dan kisah-kisah ghaib alam mistik sehingga mungkin secara tidak sengaja menampilkan ilmu-ilmu hakikat dan makrifat menjadi hitam-sehitamnya.

Namun ini juga memberi cabaran kepada pengamal-pengamal tarekat dan tasawwuf yang begitu dihitamkan oleh Syamsul yang mungkin terlepas pandang bahawa tidak semua kumpulan-kumplan tarekat dan tasawwuf serta ilmu hakikat dan makrifat itu adalah sesat dan kejam-sekejamnya.

Dan kesilapan ini juga tidak boleh ditujukan kepada Syamsul sahaja sebaliknya kepada seluruh pihak tarekat dan tasawwuf yang begitu tidak tersusun dan terlalu berahsia sehingga ke tahap begitu exclusive yang memenjarai ilmu mereka sendiri hanya di kalangan mereka sahaja.

Sayang juga watak Mawi dimatikan sedangkan watak ini boleh berkembang lagi kerana terdapat banyak kekitaan dalam watak ini yang mewakili ramai orang Islam wilayah Nusantara yang hanya menentang kekufuran, kefasikan dan perbuatan mungkar dari dalam hati saja tetapi tidak mahu berbuat apa-apa untuk berjuang terutamanya dalam penerbitan konten-konten hiburan yang mendidik jiwa. Atau mungkin ada kejutan Azhar sebenarnya masih hidup?

Apapun, syabas kepada Syamsul yang berjaya merealisasikan apa yang sebenarnya filem kita, budaya kita, wajah kita dan jiwa kita. Teruskan berkarya dan bawalah filem ini ke peringkat international hendaknya, insyaaAllah!



Filem Munafik 2, Cabaran Besar Buat Pengamal Tarekat dan Tasawwuf? Reviewed by IslamicTunes on 1:53 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.