Latest News

recent

IslamicTunesNews | INTEAM DENGAN WAJAH BARU

Kumpulan Inteam Munsyid yang aktif di Malaysia

Kumpulan Inteam merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyiddalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Kumpulan Inteam telah muncul dalam industri nasyid tanah air dengan lagu hits mereka iaitu Kasih Kekasih sekitar tahun 2000 di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB).
Sejarah InTeam Nasyid Malaysia
Kumpulan ini juga seangkatan dengankumpulan UNIC, Aeman dan Mestica yang juga bernaung di bawah label yang sama. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada bulan Januari 1998 ketika anggota asalnya mula menuntut di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada waktu itu, mereka telah menganggotai kumpulan Husaini dan sering mengadakan persembahan nasyid di universiti. Bermula dari situlah, mereka telah dilamar oleh kumpulan Hijjaz untuk menjadi artis naungan Hijjaz Music Entertainment.

Setelah mereka menandatangani kontrak bersama Hijjaz Records pada 25 September 2000, mereka cuba menjenamakan kumpulan mereka dengan pelbagai nama. Akhirnya, mereka memilih Inteam sebagai nama kumpulan mereka kerana nama tersebut lebih bervariasi dan mempunyai dua makna dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, In-Team bermaksud dalam kumpulan dan jika ditukarkan dalam bahasa Melayu, nama tersebut akan menjadi Intim yang bermaksud rapat. Setelah memilih nama tersebut, mereka telah merakamkan album pertama mereka yang berjudul Kasih Kekasih pada tahun 2000, terbitan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) dan diedarkan oleh NAR Records Sdn. Bhd. Sejak dari itu, mereka terus mengorak langkah dengan penghasilan album yang seterusnya sehinggalah mereka membuka syarikat rakaman mereka sendiri iaitu Inteam Records Sdn. Bhd. pada tahun 2005.
Setelah beberapa kali tercalon pada majlis Anugerah Industri Muzik, akhirnya pada tahun 2010, kumpulan In-Team berjaya merangkul anugerah menerusi lagu Dia Muhammad dan album Allahu Rabbi. Lagu Dia Muhammad diiktiraf sebagai Lagu Nasyid Terbaik manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik ke-17 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Inteam mendirikan serikat sendiri inteam records
Sekarang inteam mendirikan serikat rakaman sendiri dengan nama inteam records, dengan nama baru ini serikat rakaman inteam sudah cukup Berjaya di Malaysia, dan juga sudah Berjaya menghasilkan artist-artist yang berkualitas.
mari dengarkan tajuk baru dari Inteam nasyid di https://www.youtube.com/watch?v=ihldllI-0SI.

Inteam - #SuratCinta (Official Music Video)




IslamicTunesNews | INTEAM DENGAN WAJAH BARU Reviewed by Unknown on 7:32 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.