Latest News

recent

IslamicTunesNews | SEKILAS PERJALANAN KARIER BYHAQ NASHEED ENTERTAINMENT


Assalamualaikum Wr.Wb. Sahabat Nasheed...!
Kenal tak sama Byhaq Nasheed...? Nasheed Asal Malaysia. Kalau ingin lebih kenal lagi, coba baca artikel perjalan karir Byhaq Nasheed ini. Selamat mebaca..!

Sekilas tentang Byhaq Nasheed
BYHAQ NASHEED, merupakan suatu hiburan musik Islami yang bercorak pada konsep atau genre haraki, jihad dan perjuangan sesuai dengan namanya. BYHAQ ditubuhkan pada tahun 2012. Ini merupakan hasil kesinambungan perjuangan KASTURI dari tahun 2005, KASTURI adalah penjenamaan semula pada nama BYHAQ. Kami semua bersatu dan membentuk kumpulan ini semasa di kampus iaitu di Kolej Islam Antarbangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan. Kami semua dari pada bekas-bekas pelajar KIAS & KUIN. Kami merupakan generasi yang ke-5, walau perjuangan kami sudah pun 10 tahun, namun wadah perjuangan kami tidak terhenti disini, dari sini lahirlah nama BYHAQ. Usia kami dalam dakwah seni suara sudahpun menjangkaui 10 tahun diantara gabungan Kasturi-Byhaq. Sebelum ini kami banyak bergerak secara "Underground" di Kampus KIAS, sekitar negeri kelantan & luar negeri Kelantan. 

Byhaq Nasheed mempunyai jiwa enterpreneur. 
BYHAQ NASHEED ENTERTAINMENT membawa kelainan yang mana bukan sahaja membuat persembahan nasyid semata-mata, mala menyediakan perkhidmatan latihan mengajar vokal, mencipta lirik, pembekal peralatan perkusi, grafik, video editing dan sebagainya. Antara lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh KASTURI ialah menelusuri kecemerlangan (lagu rasmi KIAS-direcords), Sinar Iman, Perjuangan, Ukhuwwah, Negara Makmur (KASTURI feat Adik Qayyim-direcords) & Sinar Kaf. Kini hasil kata sepakat pada 2012, apabila KASTURI tidak lagi bernaung dibawah HEP KIAS, kami semua untuk memutuskan membawa perjuangan ini dengan lebih berani, jauh serta komersil.

Langkah awal Byhaq Nasheed dalam menciptakan lagu pertama.
Kami mencipta langkah pertama dengan lagu single pertama berjudul "Mungkin Esok Aku Akan Syahid" iaitu pada Jun 2014# MEAAS merupakan lagu hits, lagu ini hasil cetusan dan inspirasi daripada perjuangan, perlawanan, kesatuan, kekuatan serta keteguhan rakyat mesir. Dr Morsi dan peristiwa syahid di Rabaah. MEAAS dipilih menjadi yang utama untuk direkod selepas banyak kali ditapis oleh lagu-lagu lain.

Seterusnya kami melangkah dengan lebih mantap dengan merakamkan lagu single yang kedua iaitu "INFIRU" pada Oktober 2014 merupakan lagu yang membangkitkan semula semangat roh perjuangan Islam yang menjadi viral. Lagu #INFIRU ada keunikannya dengan penuh ketelitian pada seni liriknya serta ada kelainan pada elemen dan sentuhan muziknya. BYHAQ merupakan kumpulan nasyid bergenre haraki, jihad, perjuangan yang mengubah muzik ke arah membangkitkan semula roh perjuangan Islam untuk menegakkan panji kebenaran ! Dan terkini, BYHAQ dalam proses merakamkan sengle album ke -3 berjudul "Demi Kebenaran" yang insyaAllah bakal diterbitkan tidak lama lagi.

BYHAQ dianggotai 5 orang anak muda berjiwa besar iaitu : ROSAIRI,FAISAL,WAHID,LATIF & JALAL.

Thanks you..Wassalam....






IslamicTunesNews | SEKILAS PERJALANAN KARIER BYHAQ NASHEED ENTERTAINMENT Reviewed by Unknown on 12:48 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNEWS
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.